Homeresepi � Daging Masak Black Pepper

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Daging (sebarang daging yang anda rase nak makan).
  2. Kicap manis atau yang setara dengannya.
  3. Sos tiram.
  4. Lada hitam (serbuk atau yang belum ditumbuk).
  5. Halia muda (cerah).
  6. Cili, bawang merah/besar, bawang putih. 

Cara Masak:
  1. Rebus dahulu daging sekiranya baru dikeluarkan dari peti sejuk. Rebus selama 10 minit atau sehingga daging telah menjadi empuk.
  2. Tumiskan cili, bawang merah, bawang putih dan halia muda. 
  3. Masukkan daging yang telah direbus dan goreng bersama dengan tumis.
  4. Tambahkan sedikit kicap (secukup rasa) dan kacau hingga sebati, jika daging menjadi kering, tambahkan air rebusan daging.
  5. Masukkan lada hitam 1/3 sudu dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan 2 cubit garam kacau.
  7. Sedia untuk dihidang atau tambahkan air rebusan daging sekiranya anda mahu lebih kuah.

Tags: resepi

1 comments

  1. Terimakasih Artikel Resep Daging Masak Black Pepper nya sangat bagus dan membantu sekali
    Salam Aneka Kue Kering

Leave a Reply